Blogger Widgets
Showing posts with label tugasan. Show all posts
Showing posts with label tugasan. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Tugasan 5 Brochure and Flyer design

Tugasan 5
Mereka Bentuk  Risalah atau (Flyer)

Objektif  kajian ini adalah untuk mendedahkan kami tentang "empat hukum Gestalt" , iaitu;
  1. Closure
  2. Proximity
  3. Continuance
  4. Similarity


Kami dikehendaki menggunakan software  Adobe Indesign  untuk  menghasilkan brochure kami.
Setelah membuat undian , tajuk tugasan untuk Group B kita ialah "Kasut".

Rujukan kami termasuklah :
http://www.onextrapixel.com/

http://www.graphicfetish.com/30-interesting-brochure-layout-ideas/



Hasil  Tugasan Chong Jia Mun
<The High heels_Mun Designs>

Idea  mun adalah berdasarkan syarikat kasut online Milliano . 
Logo Mun design adalah direka bentuk khas untuk tugasan ini.
Tajuk fokus mun adalah terletak pada kasut tumit.
Warna biru dan jingga diggunakan secara luas untuk menonjolkan design jia mun.
Brochure mun adalah bertujuan untuk mempromosikan syarikat Mun Design .





Hasil  Tugasan  Kay  Shin  Yan
<The Shoe_All Walks Of  Life>

 "All walk of life" boleh ditakrifkan kepada pelbagai kategori pekerjaan , 
ataupun akar umbi lapisan masyarakat.
Inspirasi idea kay adalah berasaskan symbolik kasut untuk mewakili pekerjaan masing-masing.
 Kay menggunakan Indesign pathfinder untuk memudahkan kerja "cropping" & "shadowing".
Kay menggunakan masa yang amat panjang untuk mereka layout brochure ini.
  Kay ingin menghasilkan brochure ini bersempenakan sambutan Hari Pekerja untuk merakamkan tanda penghormatan kepada mereka (termasuklah kasut kita) yang telah banyak berbakti kepada kita.


Thursday, May 17, 2012

TUGASAN 4

PEMBUNGKUSAN (Packaging Design) 
Synopsis
IKS ialah singkatan kepada Industri Kecil dan Sederhana, IKS memainkan peranan yang amat besar terutamanya dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti. Satu kajian kes, sedang dijalankan oleh pihak IKS, untuk mereka bentuk satu pembungkusan makanan ringan yang terdiri daripada keropok atau kerepik, diperbuat daripada buah pisang, ubi-kayu, keledek, keladi, biji durian, buah nangka, melinja, udang kering, tepung dan lain-lain (goreng sahaja). Reka bentuk pembungkusan yang dihasilkan akan digunakan pada dua kawasan iaitu di IKS Rembau dan di IKS Seremban, Negeri Sembilan. 

Tugasan ini kami dikehendakki mereka bentuk pembungkusan yang dicetak atas kertas saiz A3 dan format fail dalam AI. Bagi mereka bentuk pembungkusan kriteria yang perlu diberi penekanan dalam pembungkusan ialah: reka bentuk, reka letak yang tertumpu kepada perletakan taipografi (samada fon: 2D atau 3D dan saiz), permilihan dan kesesuaian warna dan grafik serta imej yang berkaitan dengan barangan produk. Tidak terlupa spesifikasi yang perlu ada bagi setiap pembungkusan seperti logo & alamat syarikat, net weight, bar code, alamat syarikat, isi kandungan, logo halal, due date, customer support line, motto atau tema dan nama produk tersebut. 



Rujukan Denison, E and Cawthray, R. 2010. The Big Book of Packaging Prototypes. Templates for innovative cartons, package & boxes. Switzerland: RotoVision SA.
Herriot, Luke. 2010. The Packaging and Design Templates 2 Sourcebook. Switzerland: RotoVision SA.  


Pembungkusan yang direka bentuk oleh Kay Shin Yan



Kay memilih produk buah nangga untuk tajuk pembungkusannya. Kay memilih warna hormoni untuk reka bentuk pebungkusan ini. Dia mengunakan texture buah nangga dan warna coklat sebagai background pembungkusan. Kay juga menghadapi masalah memotong dan melipat pembungkusan ini. Pepotongan bentuk oval adalah bahagian yang paling susah dalam mereka bentuk pembungkusan ini. Akhirnya, Kay juga berjaya menyiapkan  tugasan ini.

Pembungkusan yang direka bentuk oleh Chong Jia Mun

Mun memilih produk ikan sate untuk tajuk pembungkusan ini. Mun memilih warna biru dan corak ombak sebagai background pembungkusan ini. Mun mendapat inspirasi dari laut dengan menggunakan warna biru dan corak ombak. Ikan adalah hidupan yang tinggal di laut. Mun juga menggunakan mereka seekor cartoon ikan untuk menonjolkan tema pembungkusan ini. 

Friday, April 27, 2012

TUGASAN 3

TAIPOGRAFI (HAND-ON)
Synopsis
Menurut Morioka et al. (2006), ‘typography is picture or words’. Maksud taipografi pada asalnya ialah ‘the arts of designing printed products according to aesthetic criteria’. Perkataan tersebut berasal dari bahasa Greek dan bermula daripada typos (impression) dan graphien (to write). Levenson (1995) memberikan pendapat yang sama, taipografi sebagai ‘the use of different styles of type to express ideas, concepts, and design’. Resnick (2003) pula berpendapat bahawa, ‘typography is the art of designing with type. Type is the term used for the letters in the alphabet, the numbers and the punctuation marks that make words, sentences, and blocks of text. The term typeface refers to the design of all the characters mentioned above, unified by common visual element.

Taipografi yang direka bentuk oleh Jia Mun

Saya telah mengunakan masa 2 jam untuk menyiapkan taipografi ini. Tajuk taipografi saya adalah"Education is the most powerful weopan which you can use to change the world". Tajuk ini berkaitan dengan pendidikan, oleh itu saya telah mereka bentuk taipografi ini dengan bentuk buku sebagai background dan perkataan tajuk juga banyak menggunakan 3D. Selain itu, saya juga menggunakan warna asas dan warna sekunder pada perkataan saya .

Taipografi yang direka bentuk oleh Kay Shin Yan.


Kay telah menggunakan masa 2 jam untuk menyiapkan tugasan ini. Tajuk taipografi ini adalah "Life is what happens to you while you're busy making other plans." Tajuk ini berkaitan dengan kehidupan realiti. Kay menggunakan pelbagai warna untuk mereka bentuk taipografi sebagai  background. Taipografi yang warna-warni menonjolkan kesibukan dan kehidupan manusia. Kay juga menggunakan perkataan 3D.

Sunday, March 25, 2012

Tugasan Ke-2 Photo Studies

reka bentuk poster pasar minggu
PHOTO-STUDIES
Synopsis
Fotografi adalah salah satu media yang dapat membantu menyampaikan maklumat dalam hasil karya reka bentuk grafik. Imej yang difokuskan dalam tugasan ini adalah merupakan suasana yang berlaku di pasar malam Tanjung Malim, Perak. Tugas anda ialah mengambil gambar antara (20 - 30) sahaja. Subject matter: penjual, pembeli, barang-barang yang dijual, kedai jualan, etc.




rujukan

Robin, L. 2001. Graphic Design Solutions. 2nd edition. New York: Delmar Publishers.

Sesi Pengambaran Di Pasar Malam..

Video ini merupakan koleksi gambar pasar malam Tanjong Malim.
Sepanjang beberapa hujung minggu mengunjungi pasar malam,
kami berjaya mengumpulkan "hasil" gambar yang lumayam~
Di samping jalan-jalan cari makan ,
kami juga sempat mengumpulkan idea yang berpotensi
untuk dijadikan rujukan..seperti..
suasana pasar malam,
buah-buahan,
sayur-sayuran,
makanan,
minuman,
penjual,
pembeli,
assesori,
kasut,
..
dan sebagainya~


Tugasan Chong Jia Mun
dengan subject matter

<Perpestif>

<Makanan  Kering>





Tugasan Kay Shin Yan
dengan subject matter

<Kanak- kanak>




<keluarga>












Sunday, March 11, 2012

Tugasan1 Self Potrait


seni digital – reka bentuk iklan

                              SELF-PORTRAIT



sinopsis

proses reka bentuk (design process) dipertingkatkan dengan penggunaan perisian photoshop cs 3-5, yang bermula dengan membuat kajian, analisis dan KBKK tentang subject matter diri anda. Anda boleh merujuk buku (The One Show, AIGA) dan laman web, guna konsep KISS, Write First Edit Last, Can you say your idea in one sentence?, Don’t Tell Show, Imagination: Don’t Reveal, Imply.



                       concept development 
mempromosikan UPSI.



              rujukan                      
  Ed. Julius Wiedemann. 2011. Illustration Now! 4. Cologne: Taschen
                                    Dennis et al. 2011. The Book of Inspiration. Bath: Future Publishing Ltd.
Barry, P. 2010. The Advertising Concept Book. A complete guide to creative ideas, strategies and campaigns. London: Thames & Hudson.
Weinmann, E and Lourekas, P. 2009. Photoshop CS4. California: Peachpit Press.


sila tekankan link di bawah untuk menyaksikan slide show                             
Tugasan1 Self Potrait & Upsi Slideshow Slideshow:


Hasil tugasan Chong Jia Mun
<I  Love  UPSI>
I Love UPSI 
mun mendapatkan slogan inspirasi daripada designer Milton Glaser, iaitu slogan "I love NY"
Pada pandangan mun , Bangunan Suluh Budiman adalah symbolik kepada UPSI.
 mun menggunakan kreativiti untuk menggabungkan dirinya dalam bingkai gambar yang dirangkamkan bersama dengan bangunan suluh budiman.
 

                                      



Hasil  Tugasan  Kay  Shin  Yan
<Enthusiasm>
"no pain no gain 
no enthuasiasm no UPSI life "
Genggam bara api biarlah sampai menjadi arang.
 Kay memilih perpustakaan Tuanku Bainun untuk berlatarbelakangkan self portait ini.
bangunan E learning jelas digambarkan di luar tingkap.
Selain itu, monumen pintu timur UPSI dan layer jalan raya telah dimasukkan sekali untuk menggabungkan inter & outer view of UPSI .