Blogger Widgets

Thursday, May 17, 2012

TUGASAN 4

PEMBUNGKUSAN (Packaging Design) 
Synopsis
IKS ialah singkatan kepada Industri Kecil dan Sederhana, IKS memainkan peranan yang amat besar terutamanya dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti. Satu kajian kes, sedang dijalankan oleh pihak IKS, untuk mereka bentuk satu pembungkusan makanan ringan yang terdiri daripada keropok atau kerepik, diperbuat daripada buah pisang, ubi-kayu, keledek, keladi, biji durian, buah nangka, melinja, udang kering, tepung dan lain-lain (goreng sahaja). Reka bentuk pembungkusan yang dihasilkan akan digunakan pada dua kawasan iaitu di IKS Rembau dan di IKS Seremban, Negeri Sembilan. 

Tugasan ini kami dikehendakki mereka bentuk pembungkusan yang dicetak atas kertas saiz A3 dan format fail dalam AI. Bagi mereka bentuk pembungkusan kriteria yang perlu diberi penekanan dalam pembungkusan ialah: reka bentuk, reka letak yang tertumpu kepada perletakan taipografi (samada fon: 2D atau 3D dan saiz), permilihan dan kesesuaian warna dan grafik serta imej yang berkaitan dengan barangan produk. Tidak terlupa spesifikasi yang perlu ada bagi setiap pembungkusan seperti logo & alamat syarikat, net weight, bar code, alamat syarikat, isi kandungan, logo halal, due date, customer support line, motto atau tema dan nama produk tersebut. 



Rujukan Denison, E and Cawthray, R. 2010. The Big Book of Packaging Prototypes. Templates for innovative cartons, package & boxes. Switzerland: RotoVision SA.
Herriot, Luke. 2010. The Packaging and Design Templates 2 Sourcebook. Switzerland: RotoVision SA.  


Pembungkusan yang direka bentuk oleh Kay Shin Yan



Kay memilih produk buah nangga untuk tajuk pembungkusannya. Kay memilih warna hormoni untuk reka bentuk pebungkusan ini. Dia mengunakan texture buah nangga dan warna coklat sebagai background pembungkusan. Kay juga menghadapi masalah memotong dan melipat pembungkusan ini. Pepotongan bentuk oval adalah bahagian yang paling susah dalam mereka bentuk pembungkusan ini. Akhirnya, Kay juga berjaya menyiapkan  tugasan ini.

Pembungkusan yang direka bentuk oleh Chong Jia Mun

Mun memilih produk ikan sate untuk tajuk pembungkusan ini. Mun memilih warna biru dan corak ombak sebagai background pembungkusan ini. Mun mendapat inspirasi dari laut dengan menggunakan warna biru dan corak ombak. Ikan adalah hidupan yang tinggal di laut. Mun juga menggunakan mereka seekor cartoon ikan untuk menonjolkan tema pembungkusan ini. 

No comments:

Post a Comment