Blogger Widgets

Saturday, May 19, 2012

LOGO

Logo ialah lambang atau tanda identiti (trademark) bagi mewakili identiti korporat sesebuah syarikat, produk dan perkhimatan.
Logo terbahagi kepada 4 jenis : logo huruf, logo simbol, logo representasi dan logo ambigram.

Logo Huruf (Typographic marks)
Logo huruf menggunakan fon bagi menghasilkan identiti korporat berbentuk imej logo. Logo ini berbentuk perkataan atau logo huruf ringkas (initials). Pendekatan tipografi perlu dimasukan unsur grafik seperti (garisan,imej, rupa organik atau geometrik, warna di dalam kandungan logo.

Logo Simbol (Symbolic marks)
Logo ini memberikan sedikit tambahan reka bentuk ke dalam tanda identitinya berbanding dengan logo representasi. Terutamanya dalam bentuk penambahan unsur-unsur figura (rupa: organik, geometrik atau                 abstrak dan bentuk 2-dimensi atau 3-dimensi).

Logo Representasi (Descriptive marks)
Logo ini menggunakan imej visual yang mempunyai kaitan atau hubungkait secara langsung di antara syarikat perniagaan dan produk, atau perkhidmatan pelanggan.


Logo Ambigram
An Ambigram is a typographical design or art form that may be read as one or more words not only in its form as prsented, but also from another viewpoint, direction, or orentation.


TAKRIF ISITILAH LOGO

Menurut Levenson (1995) logo ialah' a combination of characters and or graphics to create a single design that is used to identify a company, it is often trademarked and is always included on all company printed material'.

Pintel(1997) menyatakan, reka bentuk logo 'provide a quick visual shorthand for all the meaning, associations, and equity associated with a brand'.

Hassan Mohd Ghazali(2000) menyatakan logo ialah lambang, tanda pergerakan bagi sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan kelab dan persatuaan dan sesuatu aktiviti.

Morioka dan Adams(2004) mentakrifkan logo sebagai satu simbol yang terang dan berbeza bagi sesebuah syarikat, objek, penerbitan, khidmat masyarakat ataupun idea.

Guitton(2006) reka bentuk sesebuah logo perlu mempunyai nilai, konsep entity dan identitinya melalui rupa grafik, 3-dimensi, yang wujud dalam dunia ini.

Cheung(2007) mengatakan logo terletak pada identitinya dan first impression di pasaran yang merupakan iklan kecil syarikat untuk memudahkan masyarakat mengingati siapakan
syarikat tersebut dan khidmat apa yang mereka berikan.

PROSES LOGO HURUF RINGKAS

Langkah 1- Menentukan tema atau tajuk sebelum memilih fon, warna, imej atau grafik yang sesuai.
Rekaan cipta logo mestilah bersifat dinamik dan kreatif dan bersesuaian dengan kehendak identiti korporat syarikat, pertubuhan atau organisasi tersebut yang melambangkan sebuah logo yang unggul dari logo-logo yang sediada.

Langkah 2- Mengumpul dan menghasilkan seberapa banyak idea yang boleh daripada rujukan buku, internet, majalah dan menghasikan sketsa (draf), thumbnail reka bentuk logo ringkas.
Logo yang direka hendaklah asli dan tidak ditiru dari orang lain. Reka bentuk logo tidak boleh mengandungi unsur-unsur sensitif dari segi kaum, budaya dan agama.

Langkah 3-Menentukan unsur warna yang dapat memberi kesan kepada imej sesebuah syarikat, organisasi.
Tidak melebihi 3 warna dalam perciptaan logo dan tidak terikat hanya 3 warna sahaja. Pengunaan 'gradient' juga perlu dielakkan.

Langkah 4- Membuat rekaan dengan menentukan komposisinya, reka letak dan grafik.
Asas seni reka perlu difikirkan. Logo yang dipilih hendaklah 'legible' apabila saiznya dibesarkan atau dikecilkan. Pengunaan vektor (perisian illustrator) digalakkan berbanding bitmap (photoshop).

Langkah 5- Memberikan maksud rasional, definisi atau pengertian pada setiap bahagian logo.
Aplikasi dimana logo akan diletakkan seperti pada kadnama, sampul surut, surat rasmi, risalah, poster dan lain-lain.



Fon yang digunakan dalam logo perlu ditentukan samada fon serif, fon sans- serif, fon skrip atau fon dekoratif.

Tema mempunyai maksud dan pengertian logo. Mesej mestilah ringkas dan tepat.

Warna hitam dan putih sesuai untuk permulaan sketsa dan menunjukkan keupayaan logo berfungsi dalam keadaan tanpa warna. Warna hitam ialah simbol kepada kekuatan, kuasa, dan
berazam kuat mencapai matlamat.

Warna asas, sekunder dan tertier yang terkandung dalam roda warna (color wheel) memainkan peranan utama dalam membangkitkan emosi dan perasaan. Warna asas terdiri daripada warna merah, biru dan kuning. Warna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan unggu.Warna yang digunakan mempunyai maksud tertentu.

Warna complementary ialah warna bertentangan di dalam roda warna seperti warna biru dan jingga, hijau dan merah, kuning dan unggu.




No comments:

Post a Comment