Blogger Widgets

Friday, May 25, 2012

Tugasan 5 Brochure and Flyer design

Tugasan 5
Mereka Bentuk  Risalah atau (Flyer)

Objektif  kajian ini adalah untuk mendedahkan kami tentang "empat hukum Gestalt" , iaitu;
  1. Closure
  2. Proximity
  3. Continuance
  4. Similarity


Kami dikehendaki menggunakan software  Adobe Indesign  untuk  menghasilkan brochure kami.
Setelah membuat undian , tajuk tugasan untuk Group B kita ialah "Kasut".

Rujukan kami termasuklah :
http://www.onextrapixel.com/

http://www.graphicfetish.com/30-interesting-brochure-layout-ideas/



Hasil  Tugasan Chong Jia Mun
<The High heels_Mun Designs>

Idea  mun adalah berdasarkan syarikat kasut online Milliano . 
Logo Mun design adalah direka bentuk khas untuk tugasan ini.
Tajuk fokus mun adalah terletak pada kasut tumit.
Warna biru dan jingga diggunakan secara luas untuk menonjolkan design jia mun.
Brochure mun adalah bertujuan untuk mempromosikan syarikat Mun Design .





Hasil  Tugasan  Kay  Shin  Yan
<The Shoe_All Walks Of  Life>

 "All walk of life" boleh ditakrifkan kepada pelbagai kategori pekerjaan , 
ataupun akar umbi lapisan masyarakat.
Inspirasi idea kay adalah berasaskan symbolik kasut untuk mewakili pekerjaan masing-masing.
 Kay menggunakan Indesign pathfinder untuk memudahkan kerja "cropping" & "shadowing".
Kay menggunakan masa yang amat panjang untuk mereka layout brochure ini.
  Kay ingin menghasilkan brochure ini bersempenakan sambutan Hari Pekerja untuk merakamkan tanda penghormatan kepada mereka (termasuklah kasut kita) yang telah banyak berbakti kepada kita.


Saturday, May 19, 2012

LOGO

Logo ialah lambang atau tanda identiti (trademark) bagi mewakili identiti korporat sesebuah syarikat, produk dan perkhimatan.
Logo terbahagi kepada 4 jenis : logo huruf, logo simbol, logo representasi dan logo ambigram.

Logo Huruf (Typographic marks)
Logo huruf menggunakan fon bagi menghasilkan identiti korporat berbentuk imej logo. Logo ini berbentuk perkataan atau logo huruf ringkas (initials). Pendekatan tipografi perlu dimasukan unsur grafik seperti (garisan,imej, rupa organik atau geometrik, warna di dalam kandungan logo.

Logo Simbol (Symbolic marks)
Logo ini memberikan sedikit tambahan reka bentuk ke dalam tanda identitinya berbanding dengan logo representasi. Terutamanya dalam bentuk penambahan unsur-unsur figura (rupa: organik, geometrik atau                 abstrak dan bentuk 2-dimensi atau 3-dimensi).

Logo Representasi (Descriptive marks)
Logo ini menggunakan imej visual yang mempunyai kaitan atau hubungkait secara langsung di antara syarikat perniagaan dan produk, atau perkhidmatan pelanggan.


Logo Ambigram
An Ambigram is a typographical design or art form that may be read as one or more words not only in its form as prsented, but also from another viewpoint, direction, or orentation.


TAKRIF ISITILAH LOGO

Menurut Levenson (1995) logo ialah' a combination of characters and or graphics to create a single design that is used to identify a company, it is often trademarked and is always included on all company printed material'.

Pintel(1997) menyatakan, reka bentuk logo 'provide a quick visual shorthand for all the meaning, associations, and equity associated with a brand'.

Hassan Mohd Ghazali(2000) menyatakan logo ialah lambang, tanda pergerakan bagi sesebuah syarikat perniagaan, pertubuhan kelab dan persatuaan dan sesuatu aktiviti.

Morioka dan Adams(2004) mentakrifkan logo sebagai satu simbol yang terang dan berbeza bagi sesebuah syarikat, objek, penerbitan, khidmat masyarakat ataupun idea.

Guitton(2006) reka bentuk sesebuah logo perlu mempunyai nilai, konsep entity dan identitinya melalui rupa grafik, 3-dimensi, yang wujud dalam dunia ini.

Cheung(2007) mengatakan logo terletak pada identitinya dan first impression di pasaran yang merupakan iklan kecil syarikat untuk memudahkan masyarakat mengingati siapakan
syarikat tersebut dan khidmat apa yang mereka berikan.

PROSES LOGO HURUF RINGKAS

Langkah 1- Menentukan tema atau tajuk sebelum memilih fon, warna, imej atau grafik yang sesuai.
Rekaan cipta logo mestilah bersifat dinamik dan kreatif dan bersesuaian dengan kehendak identiti korporat syarikat, pertubuhan atau organisasi tersebut yang melambangkan sebuah logo yang unggul dari logo-logo yang sediada.

Langkah 2- Mengumpul dan menghasilkan seberapa banyak idea yang boleh daripada rujukan buku, internet, majalah dan menghasikan sketsa (draf), thumbnail reka bentuk logo ringkas.
Logo yang direka hendaklah asli dan tidak ditiru dari orang lain. Reka bentuk logo tidak boleh mengandungi unsur-unsur sensitif dari segi kaum, budaya dan agama.

Langkah 3-Menentukan unsur warna yang dapat memberi kesan kepada imej sesebuah syarikat, organisasi.
Tidak melebihi 3 warna dalam perciptaan logo dan tidak terikat hanya 3 warna sahaja. Pengunaan 'gradient' juga perlu dielakkan.

Langkah 4- Membuat rekaan dengan menentukan komposisinya, reka letak dan grafik.
Asas seni reka perlu difikirkan. Logo yang dipilih hendaklah 'legible' apabila saiznya dibesarkan atau dikecilkan. Pengunaan vektor (perisian illustrator) digalakkan berbanding bitmap (photoshop).

Langkah 5- Memberikan maksud rasional, definisi atau pengertian pada setiap bahagian logo.
Aplikasi dimana logo akan diletakkan seperti pada kadnama, sampul surut, surat rasmi, risalah, poster dan lain-lain.



Fon yang digunakan dalam logo perlu ditentukan samada fon serif, fon sans- serif, fon skrip atau fon dekoratif.

Tema mempunyai maksud dan pengertian logo. Mesej mestilah ringkas dan tepat.

Warna hitam dan putih sesuai untuk permulaan sketsa dan menunjukkan keupayaan logo berfungsi dalam keadaan tanpa warna. Warna hitam ialah simbol kepada kekuatan, kuasa, dan
berazam kuat mencapai matlamat.

Warna asas, sekunder dan tertier yang terkandung dalam roda warna (color wheel) memainkan peranan utama dalam membangkitkan emosi dan perasaan. Warna asas terdiri daripada warna merah, biru dan kuning. Warna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan unggu.Warna yang digunakan mempunyai maksud tertentu.

Warna complementary ialah warna bertentangan di dalam roda warna seperti warna biru dan jingga, hijau dan merah, kuning dan unggu.




Thursday, May 17, 2012

TUGASAN 4

PEMBUNGKUSAN (Packaging Design) 
Synopsis
IKS ialah singkatan kepada Industri Kecil dan Sederhana, IKS memainkan peranan yang amat besar terutamanya dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti. Satu kajian kes, sedang dijalankan oleh pihak IKS, untuk mereka bentuk satu pembungkusan makanan ringan yang terdiri daripada keropok atau kerepik, diperbuat daripada buah pisang, ubi-kayu, keledek, keladi, biji durian, buah nangka, melinja, udang kering, tepung dan lain-lain (goreng sahaja). Reka bentuk pembungkusan yang dihasilkan akan digunakan pada dua kawasan iaitu di IKS Rembau dan di IKS Seremban, Negeri Sembilan. 

Tugasan ini kami dikehendakki mereka bentuk pembungkusan yang dicetak atas kertas saiz A3 dan format fail dalam AI. Bagi mereka bentuk pembungkusan kriteria yang perlu diberi penekanan dalam pembungkusan ialah: reka bentuk, reka letak yang tertumpu kepada perletakan taipografi (samada fon: 2D atau 3D dan saiz), permilihan dan kesesuaian warna dan grafik serta imej yang berkaitan dengan barangan produk. Tidak terlupa spesifikasi yang perlu ada bagi setiap pembungkusan seperti logo & alamat syarikat, net weight, bar code, alamat syarikat, isi kandungan, logo halal, due date, customer support line, motto atau tema dan nama produk tersebut. 



Rujukan Denison, E and Cawthray, R. 2010. The Big Book of Packaging Prototypes. Templates for innovative cartons, package & boxes. Switzerland: RotoVision SA.
Herriot, Luke. 2010. The Packaging and Design Templates 2 Sourcebook. Switzerland: RotoVision SA.  


Pembungkusan yang direka bentuk oleh Kay Shin Yan



Kay memilih produk buah nangga untuk tajuk pembungkusannya. Kay memilih warna hormoni untuk reka bentuk pebungkusan ini. Dia mengunakan texture buah nangga dan warna coklat sebagai background pembungkusan. Kay juga menghadapi masalah memotong dan melipat pembungkusan ini. Pepotongan bentuk oval adalah bahagian yang paling susah dalam mereka bentuk pembungkusan ini. Akhirnya, Kay juga berjaya menyiapkan  tugasan ini.

Pembungkusan yang direka bentuk oleh Chong Jia Mun

Mun memilih produk ikan sate untuk tajuk pembungkusan ini. Mun memilih warna biru dan corak ombak sebagai background pembungkusan ini. Mun mendapat inspirasi dari laut dengan menggunakan warna biru dan corak ombak. Ikan adalah hidupan yang tinggal di laut. Mun juga menggunakan mereka seekor cartoon ikan untuk menonjolkan tema pembungkusan ini. 

Wednesday, May 2, 2012

PEMBUNGKUSAN

DEFINISI PEMBUNGKUSAN

Menurut Edward Dension & Richard Cawthray “packaging design will always need to satisfy a range of objectives, both practical and conceptual. Packaging share the same fundamental purpose, they are significiantly different due to the character of their respective products. Both packages are designed to contain and protect, yet they are very greatly in apperance, texture, graphics, shape, cost and structure.

Menurut Robin Landa “Packaging is a specialized area otf the graphic design profesion. Package designers must be knowledgeable about a range of construction and techinal factors. They must be familiar with materials and their qualites, like glass, plastic, cardboard, paper and metal with manufacturing, safety, display, recycling and packaging regulations as well as printing.

OBJEKTIF UTAMA DALAM MEREKA BENTUK PEMBUNKUSAN
  • menjadikan ia boleh berfungsi
  • mengaji bahan yang digunakan dalam proses pembinaan
  • memahami konsep guna semula dan kitar semula
  • tidak mengabaikan masalah dalam mereka bentuk kedua-dua jenis pembungkusan secara 2-Dimensi dan 3-dimensi
  • mempertimbangkan maklumat yang perlu ada pada setiap bahagian bungkusan
  • mereka bentuk pembungkusan supaya menarik pengguna dari sudut estetiknya
  • membuat kajian bungkusan jenama yang lain
  • penggunaan warna yang bersesuaian
  • Kordinasi warna dan reka bentuk bersesuaian dengan tema dan isi kandungan bungkusan
  • logo & alamat syarikat
  • net weight, bar code, alamat syarikat, isi kandungan, logo halal, due date, customer support line dan nama produk.
Menurut Adducci & Keller(2008),
KRITERIA UTAMA BAGI SESEBUAH BUNGKUSAN YANG BERJAYA, iaitu
Identification-merujuk kepada pengenalan pengguna terhadap produk dan pembungkusan yang dipamerkan 
Functionality- keupayaan produk berfungsi.
Personality- maklumat yang direka bentuk ke atas produk bungkusan yang menarik.
Navigation-Merujuk kepada pengguna mengetahui dalam mencari di mana memperolehi produk yang dijual.